|
|
|
'Alumni MIM beri sumbangan RM18,430'
Released by :
Mingguan Malaysia
Date : 4 April 2004

| Yang Amat Berbahagia Tun Haji Hanif Omar
(dua dari kanan) menyaksikan penyerahan cek kepada S. Murugaiyah oleh Ray Choo pada majlis
penyampaian sumbangan MIM di Kuala Lumpur semalam. |
|
Kuala Lumpur 3 April - Alumni
Institut Pengurusan Malaysia (MIM) hari ini menyumbangkan sebanyak RM18,403.13 kepada
Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru (PPKKTAJ).
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden MIM, Yang Amat Berbahagia Tun Haji Hanif Omar
dan Presiden Alumni, Ray Choo kepada Naib Presiden PPKKTAJ, S. Murugaiyah pada satu majlis
ringkas di sini.
Sebelum itu, Ray Choo ketika berucap pada majlis itu berkata, sumbangan tersebut diperoleh
dengan kerjasama Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. sejak ia dilancarkan pada tahun 2001.
Sumbangan tersebut bagi membolehkan persatuan itu membeli perkakas peralatan rumah bagi
kemudahan 155 penghuni dan 22 petugas sepenuh masa.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbangkan
derma untuk tabung ini sebagai tanda keprihatinan kepada golongan yang memerlukan,"
katanya.
Tambahnya, pemilihan syarikat pengedar buku itu dibuat kerana mereka mempunyai cawangan
meluas di seluruh negara yang memudahkan orang ramai menderma.
PPKKTAJ yang ditubuhkan pada Mei 1990 mempunyai tiga cawangan lagi iaitu di Melaka, Pahang
dan Selangor.
Related Links
'Speech
by Mr Ray M K Choo, MIM ALUMNI'S PRESIDENT-Donation Presentation Ceremony Between The MIM Alumni and the Handicapped & Mentally Disabled Children Association, Johor Bharu'
Bernama: RM18,000 For Disabled Children
'Donation
Presentation Ceremony Between The MIM Alumni and The Handicapped & Mentally Disabled
Children Association Johor Bahru'
|